Wikipedia

Search results

Friday, 24 March 2017

REFLEKSI DIRI MELALUI KEMAHIRAN DINAMIKA

Sewaktu saya baru masuk matrikulasi,saya dimaklumkan bahawa kita akan mengambil suatu subjek yang bergelar sebagai KEMAHIRAN DINAMIKA.Sewaktu itu saya masih keliru apa yang akan kita belajar ni daripada kemahiran dinamika.Ramai senior yang kata belajar tatatertib sewaktu makan,pakaian yang sesuai sewaktu menghadiri majlis rasmi,cara nak jalan,duduk dan sebagainya.

Definisi sebenar kemahiran dinamika adalah:
dikaitkan dengan trait personaliti individu, bijak berkomunikasi, pandai mendapatkan kenalan,berdaya tahan dan berinovatif.Kemahiran dinamika (Soft Skills) merangkumi aspek-aspek kemahiran generik. Walaupun tidak terdapat suatu senarai kemahiran khusus tentang kemahiran dinamika, namun kebanyakannya berkait dengan penguasaan kemahiran seperti kepemimpinan, kerjasama berpasukan, komunikasi dan pembelajaran berterusan.(sumber daripada:http://dnandakumar.blogspot.my/ )


Oleh itu, saya akan mengemukakan apakah yang telah saya pelajari dalam Kemahiran Dinamika. Saya telah mempelajari Kemahiran Dinamika semasa semester-2 di Kolej Matrikulasi Perlis.Guru yang mengajar saya ialah Cikgu Noorlida bt Mohamad Arif. Beliau merupakan guru yang berpengalaman.Saya dan rakan-rakan sekelas telah diberikan beberapa tugasan sama ada dalm bentuk individu atau berkumpulan sepanjang pembelajaran ini.Permarkahan kemahiran dinamika adalah 100% daripada penilaian berterusan(PB)

Tugasan individu-25% 
Tugasan kumpulan-40% 
Sahsiah diri-15% 
Sahsiah komitmen-20% 

Tugasan pertama-tugasan ini adalah secara individu.Kita diberi tugasan untuk membuat rakaman video tentang biodata diri.Melalui video ini,kita harus cerita latar belakang keluarag,visi dan misi,kisah yang menjadi titik tolak dan analogi sendiri.Durasi video ini ialah 5-6minit.Melalui video ini,saya dapat memperkenalkan diri saya sedalam-dalam lautan Pasifik kepada rakan sekelas saya.Disebabkan saya merupakan seorang yang agak pendiam dalam kelas,tugasan ini adalah peluang yang emas di mana saya nak perkenalkan diri saya.Oleh itu,rakan sekelas saya dapat kenal saya dengan selanjutnya.Tugasan ini turut dapat meningkatkan keyakinan diri saya.Hal ini kerana ini kali pertama di mana saya duduk depan camera dan membuat rakaman video^^.Agak segan juga..Tapi lama-lama rakam,ia dah jadi natural ...Melalui tugasan ini, saya turut dapat imbas kembali visi dan misi kehidupan saya.Visi saya adalah saya ingin menjadi seorang doktor pembedahan yang terkenal di pesada dunia!!!^^Misi yang saya ingin lakukan adalah menjadi seorang pelajar yang bertanggungjawab dengan belajar bersungguh-sungguh untuk memastikan keputusan yang diperoleh adalah yang cemerlang.

Tugasan kedua-tugasan ini ialah tugasan berkumpulan.Kelas saya dibahagikan kepada tiga kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai tiga orang.Kumpulan saya mendapat tajuk cara jalan yang betul dan cara duduk dalam majlis rasmi.Saya dipilih untuk 2 rakan yang lain untuk membuat pembentangan.Disebabkan saya memang sedar bahawa saya seorang yang lemah dalam ucapan awam/pembentangan hal ini kerana setiap kali saya membuat pembentangan,saya akan berasa jantung berdebar-debar,"excited",takut kerana banyak mata yang sedang menumpu kepada saya.Saya takut saya tersilap berbicara.Oleh itu,saya ingin cuba mengambil risiko dengan setuju kepada mereka.Semasa membuat pembentangan,perasaan-perasaan yang saya senaraikan masih wujud tetapi saya cuba untuk "cover" daripada cikgu dan rakan sekelas.Saya dimaklum daripada cikgu bahawa saya boleh berucap, cuma kena ada keyakinan diri dan kuatkan lagi suara.Bermula dari hari itu,saya cuba nak memperbaiki diri saya dengan menjadi seorang yang lebih berkeyakinan pada diri.

Tugasan ketiga-tugasan ini masih adalah tugasan berkumpulan.Kali ini kita diamanahkan untuk menghasilkan dokumentasi yang bersifat rakaman video kempen kemasyarakatan(kempen pembangunan dan perpaduan)yang berdurasi antara 4-5minit.Hasil tugasan ini akn mengisi pemberatan sebanyak 40% markah kerja kursus dan akan dipertandingkan di peringkat pasukan di bawah seliaan pensyarah berkenaan.Selain itu,tugasan ini diharapkan dapat memberi ruang dan peluang kepada para pelajar mencungkil potensi dalam bidang arahan,pengeditan,dan lakonan serta menanam sikap ingin membangunkan bangsa dan negara.Sesi pelancaran kempen tersebut adalah pada 30Januari - 3Februari 2017.Hasil kerja adalah dinilai dari aspek kejelasan idea/kempen,kreativiti,ketepatan tema dan hasil simulasi pelancaran kempen.Tajuk dokumentasi rakaman video kempen kemasyarakatan kita ialah Kempen Kebersihan & Keceriaan.



Objektif:

(i) memastikan suasana sekeliling kolej adalah bersih dan ceria.

(ii) membina rasa tanggungjawab dan kerjasama antara pelajar di kolej

(iii) melahirkan suasana kolej yang kondusif.

Melalui tugasan ini,saya memegang jawatan sebagai satiausaha di mana setiausaha harus menyediakan dokumentasi dalam bentuk "port folio".Saya dapat belajar pelbagai ilmu pengetahuan sepanjang saya menyediakan dokumentasi ini.Sebagai contoh,format untuk menulis minit mesyuarat,laporan AJK dan laporan aktiviti.Malalui tugasan ini,sifat kerjasama,bertolak ansur dan bantu-membantu telah kami pupuk.Dengan ini,hubungan kami telah dieratkan.Di samping itu,bakat lakonan saya dicungkil ketika menjalani tugasan ini sebagai seorang pelakon sampingan.Majlis pelancaran juga diadakan setelah menyiapkan rakaman video. Kami bertanggungjawab untuk memegang jawatan masing-masing.Saya memegang jawatan sebagai pengaturacara majlis.Ini juga kali pertama saya memainkan peranan ini.Disebabkan masing-masing kita memainkan peranan yang diamanahkan dengan sebaiknya,cikgu memuji dan memberi tepukan untuk pelancaran kempen tutoran kita(M1T1B) kerana merupakan antara suatu pelancaran kempen yang terbaik.Justeru,saya mendapati bahawa semangat kerjasama amatlah penting untuk menjayakan sesuatu.

Contoh minit mesyuarat


Contoh minit mesyuarat


Contoh laporan aktiviti


contoh laporan AJK


Bersama-sama menyediakan poster kempen


Aktiviti yang dimainkan sewaktu rakaman video


Logo kempen


Tugasan keempat-tugasan ini merupakan tugasan individu,iaitu tugasan perucapan umum yang memberi pemberatan markah sebanyak 20% dalam sahsiah komitmen.Tarikh penilaian adalah antara 3-17 March 2017.Tajuk ucapan berasaskan tema Pembangunan Diri yang artikelnya terkandung di dalam Blog Pembangunan Diri yang disediakan oleh perucap secara individu.

Ucapan akan dinilai dari aspek:
  • Keyakinan diri
  • Penampilan diri
  • Kelancaran penyampaian
  • Kejelasan idea
  • Penggunaan bahasa
  • Kesesuaian bahasa badan dan postur badan
  • Struktur ucapan; pendahuluan,isi dan penutup
  • Kesan keseluruhan 
Saya memilih tajuk tips-tips cemerlang dalam biologi (khususnya pelajar matrikulasi). Untuk menyempurnakan tugasan ini, saya telah melayari internet untuk memperoleh maklumat lanjut. Saya juga dikehendaki untuk membuat slide show tentang tips belajar dengan berkesan.Disebabkan daya usaha saya yang ingin memperbaiki ucapan awam saya sebelum ini,pada ucapan awam kali ini,saya ada peningkatan dari egi keyakinan diri.Saya boleh rasa yang jantung saya tidak gementar seteruk pada hari itu dan saya mempunyai gaya yang tersendiri semasa memberikan ucapan
(BODY LANGUAGE).Hal ini memyebabkan saya rasa saya dapat menyampaikan ucapan dengan sangat semulajadi.Saya boleh mengawal keadaan suasana dengan baik kerana video yang saya sediakan tidak berfungsi.Apa yang saya lakukan ialah bersabar dan tidak berasa "down"/"drop".Dengan abaikan video itu tetapi pilih untuk memberikan huraian yang lebih banyak supaya "audient"dapat sampai apa yang ingin saya sampaikan.Kali ini cikgu hanya komen atas nada suara saya sahaja yang terlalu "slow".Ini bermakna saya ada peningkatan dari segi komunikasi/ucapan.
Ucapan awam


Ucapan awam


Pemarkahan daripada rakan sekelas saya terhadap ucapam awam



Pemarkahan daripada rakan sekelas saya terhadap ucapam awam

Graf kehidupan

Melalui kemahiran dinamika,saya dapati banyak perkembangan dalam diri saya.Ia dapat refleksikan diri saya dari 4 aspek yang utama:
  • Komunikasi
  • Kepimpinan
  • Pemikiran
  • Pembelajaran sepanjang hayat/abad ke-21




TIPS BIOLOGY

TIPS-TIPS CEMERLANG DALAM BIOLOGI (KHUSUS PELAJAR MATRIKULASI)

Salam sejahtera,kali ini saya ingin kongsikan tentang tips-tips cemerlang dalam biologi khususnya untuk pelajar matrikulasi hal ini kerana saya kini belajar peringkat matrikulasi.Pada pendapat saya,saya rasa biologi adalah x10 bertambah susah apabila belajar di matrikulasi jika nak dibandingkan dengan FORM 6/dipoma/asasi .Hal ini kerana tempoh belajar di matrikulasi adalah paling singkat iaitu dua semester sahaja.Tetapi silibusnya sangat padat.Sebagai contoh,dalam satu semester (lebih kurang 6 bulan) anda harus belajar sampai 10 bab.Jika imbas kembali waktu sekolah menengah,kita pon belajar lebih kurang 10 bab jugak tetapi dalam jangka masa yang lebih panjang...Walaubagaimanapun,tips-tips yang saya amalkan sejak sekolah menengah masih saya kekalkan dan hal ini menyebabkan saya cemerlang dalam subjek biologi.

Antaranya ialah :
  • Senaraikan "learning outcome" untuk setiap bab
  • Nota ringkasan
  • Baca dnegan kuat
  • Membentangkan topik tersebut secara bergilir dengan rakan-rakan
  • Kaedah perkaitan
  • You-tube
  • Membuat tutor 
  • Menumpu perhatian dalam kelas

contoh "learning outcome" untuk bab 7:fotosintesis

Senaraikan "learning outcome" untuk setiap bab.Melalui "learning outcome",kita akan tahu aspek mana yang kita perlu fokuskan.Hal ini kerana soalan-soalan biologi terutamanya soalan essay yang membawa banyak markah adalah daripada "learning outcome".Oleh itu,pastikan anda dapat menguasai dan memahami dengan detailed tajuk tersebut melaui "learning outcome"yang dinyatakan dalam tajuk tersebut.



contoh mempersembahkan nota dalm bentuk lakaran gambar^^
Salah satu cara yang paling mudah untuk belajar secara efektif adalah dengan membuat nota ringkasan dengan menggunakan ayat anda sendiri.Dengan berbuat demikian,anda akan mula berfikir akan fakta dan kaedah pemahaman sesuatu dengan cara anda sendiri,bukannya dengan cara orang lain di mana mungkin mengelirukan anda.Semasa membuat nota,anda digalakkan untuk menggunakan pelbagai warna.Hal ini kerana warna-warni boleh merangsang otak kita jika dibandingkan dengan nota yang berwarna hitam putih sahaja.Anda boleh mempersembahkan nota dalam bentuk GAMBAR,JADUAL,dan PETA MINDA.Melalui gambar,anda dapat mengurangkan teks dan meningkatkan kefahaman dengan hanya membuat lakaran tentang gambar rajah tersebut dan cuba untuk me Melalui gambar,anda dapat mengurangkan teks dan meningkatkan kefahaman dengan hanya membuat lakaran tentang gambar rajah tersebut dan cuba untuk mencatat proses yang berlaku di bahagian tepi.Jadual adalah paling sesuai untuk mempersembahkan data di mana anda nak membandingkan 2 data.Sebagai contoh,perbandingan antara GYMNOSPERMS dan ANGIOSPERMS.Oleh itu, anda akan dapat nampak dengan jelasnya apakah perbezaan antara kedua-dua kelas ini.Melalui peta minda iaitu konsep pengembangan nota dan isi-isi penting dalam cabang dan ranting peta minda tersebut.Cara-cara membuat peta minda adalah bermula dengan topik besar akan sesuatu, biasanya akan diletakkan ditengah-tengah peta minda. Kemudian, cadang-cadang akan dilukis mengikut kreativiti masing-masing mewakili sub-topik subjek tersebut. Setelah itu, ranting-ranting yang lebih kecil pula akan diukir untuk ditempatkan isi-isi penting.

Jika anda mempunyai bilik persendirian,anda boleh tingkatkan keberkesanan membuat nota ini dengan membacanya dengan kuat.Sangat sesuai dengan orang yang lebih selesa dengan kaedah pembelajaran secara verbal.


Jika anda mempunyai masalah untuk mengingati anda,cuba mengajar apa yang anda faham ataupun apa yang anda tulis kepada rakan anda.Cara ini sangat berkesan untuk menambahkan kefahaman anda kepada sesuatu topik tersebut.Anda boleh mengagihkan topik-topik kepada rakan-rakan anda,dan setiap orang perlu membentangkan beberapa topik.Lakukan secara bergilir-gilir,percayalah teknik ini sangat berkesan.

Di samping itu,melalui kaedah perkaitan iaitu Dengan mengaitkan sesuatu fakta/infomasi yang baharu dengan sesuatu yang sudah lama anda tahu.Sebagai contoh, anda berkenalan dengan seseorang yang baharu, dan kebetulan namanya adalah sama dengan nama kakak anda. Tidakkah anda akan senang mengingati namanya berbanding dengan nama yang anda jarang dengar.Apa yang hendak saya bawa disini adalah dengan melakukan perkaitan antara dua perkara, ia boleh meransang ingatan anda! Berikut adalah beberapa cara yang anda boleh guna.Kaitkan dengan kegemaran anda.Sekiranya anda gemar mendengar lagu, melukis mahupun menari, anda boleh mengaitkannya dengan pembelajaran dan jadikan hobi anda kepada alat bantuan belajar. Sebagai contoh, anda boleh menyanyikan nota-nota belajar dalam rentak lagu kegemaran anda. Percaya atau tidak, sudah banyak pendekatan seperti ini digunakan untuk memudahkan pembelajaran.

Selain itu juga,anda turut boleh menggunakan kemudahan internet dengan tengok proses dalaman biologi melalui You-tube.Melalui You-tube,anda dapt lihat dengan jelas dan mempunyai kefahaman yang lebih utuh jika dibandingkan sekadar membaca daripada buku rujukan yang setebal kamus dan saya percaya bahawa melalui video daripada You-tube,ia dapat menyeronokkan kerana ia mungkin mempersembahkan proses dalaman badan dalam bentuk animasi.Oleh itu,anda akan berasa seronok seumpama anda tengah tengok kartun!


Tambahan pula,peranan yang saya lakukan selama ini ialah sentiasa meluangkan masa untuk membuat tutor.Hal ini sangat penting kerana melalui tutor,kita akan didedahkan kepada pelbagai bentuk soalan yang boleh ditanya sewaktu peperiksaan.Boleh dikatakan membuat tutor adalah sangat penting kerana ia juga dapat memastikan adakah anda sudah memahami tajuk tersebut?Ia juga turut dapat mengurangkan skop apa yang perlu anda fokus tentang tajuk tersebut.Dengan "tackle" bentuk soalan yang selalu dikeluarkan.Oleh itu,nanti anda dapat tahu sudah bagaimana bentuk soalan itu boleh ditanyakan sewaktu pepepriksaan.


Menumpu perhatian dalam kelas juga merupakan salah satu cara yang saya amalakan.Apabila anda menumpu perhatian dalam kelas,kita akan dapat memahami tentang topik tersebut.Dalam kelas laa adalah waktu di mana anda boleh tanya soalan kepada pensyarah secara "direct".Hal ini kerana sewaktu perkuliahan,pensyarah akan terang topik tersebut berdasarkan unit jam yang ditetapkan,tidak kira adakh anda faham atau tidak.Kiranya kalu habis unit jam dia,akan "proceed" pula dengan tajuk lain.Adalah sangat digalakkan jika anda membuat nota dalam kelas.Untuk dapatkan keberkesanan yang lebih dalam menyalin nota dalam kelas, cuba bertanyakan soalan kepada guru semasa dalam kelas. Tanya berkaitan dengan nota yang anda salin. Dapatkannya jawapannya dan salin sebagai nota kaki kepada nota asal anda. Selain anda mendapat lebih dari kelas anda, anda juga secara tidak langsung memberikan sumbangan kepada seluruh rakan-rakan sekelas anda.Selain mendapat ilmu, anda juga boleh elakkan daripada rasa mengantuk semasa dalam kelas dan akan dalam keadaan terjaga.



Kesimpulan

Belajar tiada akhirnya. Belajar tiada titik noktah. Oleh itu, anda perlu memanfaat apa yang anda ada sekarang untuk belajar dengan sebaiknya, dan dapatkan keputusan yang berbaloi dengan usaha yang anda curahkan.Saya berharap panduan yang disenaraikan di atas dapat membantu anda dalam pembelajaran anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan ataupun tambahan kepada senarai di atas, bolehlah berbuat demikian di bahagian komen di bawah.


ME AND BIOLOGY


KISAH BIOLOGI 

contoh tanggapan negatif dalam kalangan pelajar terhadap bioogi
Salam sejahtera,seperti yang diperkenalkan pada awalnya,saya adalah salah seorang yang sangat minat pada subjek BIOLOGI !! Tetapi mesti ramai daripada anda tidak sesekali suka pada subjek biologi,disebabkan subjek biologi adalah subjek menghafal.Walaubagaimanapun,saya masih teguh pendirian bahawa saya minat biologi.Bukan laa sebab saya seorang yang suka menghafal malah kerana saya rasa minat nak memepelajari sistem-sistem yang berlaku dalam badan.Semakin mendalam saya mempelajari biologi,semakin saya memahami betapa indahnya ciptaan Tuhan yang mencipta pelbagai kehidupan yang mempunyai kemampuan adaptasi dengan persekitaran sekeliling.
    
Tujuan saya menulis post ini adalah saya mahu kongsikan perasaan saya terhadap subjek biologi semasa sekolah menengah.Pada peringkat sekolah menengah ,saya tidak seberapa suka akan subjek biologi.Hal ini kerana timbul perasaan di mana saya rasa walau saya study banyak mana pun,tetapi tiada peningkatan markahnya.Saya selalu dapat 60% ke atas untuk subjek biologi .Paling tinggi yang saya mencapai dalm subjek ini ialah 73% .Pada peringkat sekolah menengah 75% adalah dikira dapat A-.Pada masa itu,saya merasa sangat geram kerana disebabkan 2% lagi menyebabkan saya tidak dapat A-.Itu pun disebabkan terlupa tulis SATU KEYWORD!!!


Selain itu, subjek biologi adalah tidak mencukupi jika anda hanya bergantung kepada kaedah membaca dan menghafal.Hal ini kerana subjek biologi bukan subjek yang senang seperti itu.Memang dalam kelas waktu cikgu terang,kita macam faham.Tetapi yang mendugakan adalah apabila buat latihan soalan yang sering ditanyakan agak jauh beza apa yang kita belajar.Sebenarnya,tak jauh mana pun,tetapi soalan biologi yang sering ditanyakan adalah ia mengaplikasikan konsep yang kita belajar tu la.Cuma soalan dia tak akan tanya secara "direct".Ni yang ramai tak leh skor kalu hanya mengharapkan kaedah membaca dan menghafal sahaja.



Tetapi bersyukur juga saya dapat A(actually is my first time) dalam SPM 2015.Ada laa caranya yang saya amalkan dan saya dapati cara-cara ini memang berkesan dan efektif .Sehingga kini,saya menyambung pelajaran di KOLEJ MATRIKULASI PERLIS (KMP),saya masih mengamalkan tips-tips ini.Tips -tips ini akan saya postkan pada masa yang akan datang nah....



Sekian...

Monday, 6 February 2017

INTRODUCTION

Welcome to my blog .
My name is CHALITA A/P MANIT.
⧭Nice to meet you all guys.I really hope that my blog can be as much as possible working to you all ..ok? Therefore I will try as much as I can to share the 
⥹ interesting news ,⥵ tips and ⬽ my diaries.So, I really hope you all will enjoy with it.⧪







SJK(C)HWA AIK(2006-2010)


SMK ARAU PERLIS(2011-2015)

KOLEJ MATRIKULASI PERLIS(2016-2017)