Wikipedia

Search results

Friday, 24 March 2017

ME AND BIOLOGY


KISAH BIOLOGI 

contoh tanggapan negatif dalam kalangan pelajar terhadap bioogi
Salam sejahtera,seperti yang diperkenalkan pada awalnya,saya adalah salah seorang yang sangat minat pada subjek BIOLOGI !! Tetapi mesti ramai daripada anda tidak sesekali suka pada subjek biologi,disebabkan subjek biologi adalah subjek menghafal.Walaubagaimanapun,saya masih teguh pendirian bahawa saya minat biologi.Bukan laa sebab saya seorang yang suka menghafal malah kerana saya rasa minat nak memepelajari sistem-sistem yang berlaku dalam badan.Semakin mendalam saya mempelajari biologi,semakin saya memahami betapa indahnya ciptaan Tuhan yang mencipta pelbagai kehidupan yang mempunyai kemampuan adaptasi dengan persekitaran sekeliling.
    
Tujuan saya menulis post ini adalah saya mahu kongsikan perasaan saya terhadap subjek biologi semasa sekolah menengah.Pada peringkat sekolah menengah ,saya tidak seberapa suka akan subjek biologi.Hal ini kerana timbul perasaan di mana saya rasa walau saya study banyak mana pun,tetapi tiada peningkatan markahnya.Saya selalu dapat 60% ke atas untuk subjek biologi .Paling tinggi yang saya mencapai dalm subjek ini ialah 73% .Pada peringkat sekolah menengah 75% adalah dikira dapat A-.Pada masa itu,saya merasa sangat geram kerana disebabkan 2% lagi menyebabkan saya tidak dapat A-.Itu pun disebabkan terlupa tulis SATU KEYWORD!!!


Selain itu, subjek biologi adalah tidak mencukupi jika anda hanya bergantung kepada kaedah membaca dan menghafal.Hal ini kerana subjek biologi bukan subjek yang senang seperti itu.Memang dalam kelas waktu cikgu terang,kita macam faham.Tetapi yang mendugakan adalah apabila buat latihan soalan yang sering ditanyakan agak jauh beza apa yang kita belajar.Sebenarnya,tak jauh mana pun,tetapi soalan biologi yang sering ditanyakan adalah ia mengaplikasikan konsep yang kita belajar tu la.Cuma soalan dia tak akan tanya secara "direct".Ni yang ramai tak leh skor kalu hanya mengharapkan kaedah membaca dan menghafal sahaja.



Tetapi bersyukur juga saya dapat A(actually is my first time) dalam SPM 2015.Ada laa caranya yang saya amalkan dan saya dapati cara-cara ini memang berkesan dan efektif .Sehingga kini,saya menyambung pelajaran di KOLEJ MATRIKULASI PERLIS (KMP),saya masih mengamalkan tips-tips ini.Tips -tips ini akan saya postkan pada masa yang akan datang nah....



Sekian...

No comments:

Post a Comment