Sewaktu saya baru masuk matrikulasi,saya dimaklumkan bahawa kita akan mengambil suatu subjek yang bergelar sebagai KEMAHIRAN DINAMIKA.Sewaktu itu saya masih keliru apa yang akan kita belajar ni daripada kemahiran dinamika.Ramai senior yang kata belajar tatatertib sewaktu makan,pakaian yang sesuai sewaktu menghadiri majlis rasmi,cara nak jalan,duduk dan sebagainya.
Definisi sebenar kemahiran dinamika adalah:
dikaitkan dengan trait personaliti individu, bijak berkomunikasi, pandai mendapatkan kenalan,berdaya tahan dan berinovatif.Kemahiran dinamika (Soft Skills) merangkumi aspek-aspek kemahiran generik. Walaupun tidak terdapat suatu senarai kemahiran khusus tentang kemahiran dinamika, namun kebanyakannya berkait dengan penguasaan kemahiran seperti kepemimpinan, kerjasama berpasukan, komunikasi dan pembelajaran berterusan.(sumber daripada:http://dnandakumar.blogspot.my/ )
Oleh itu, saya akan mengemukakan apakah yang telah saya pelajari dalam Kemahiran Dinamika. Saya telah mempelajari Kemahiran Dinamika semasa semester-2 di Kolej Matrikulasi Perlis.Guru yang mengajar saya ialah Cikgu Noorlida bt Mohamad Arif. Beliau merupakan guru yang berpengalaman.Saya dan rakan-rakan sekelas telah diberikan beberapa tugasan sama ada dalm bentuk individu atau berkumpulan sepanjang pembelajaran ini.Permarkahan kemahiran dinamika adalah 100% daripada penilaian berterusan(PB)
Tugasan individu-25%
Tugasan kumpulan-40%
Sahsiah diri-15%
Sahsiah komitmen-20%
Tugasan pertama-tugasan ini adalah secara individu.Kita diberi tugasan untuk membuat rakaman video tentang biodata diri.Melalui video ini,kita harus cerita latar belakang keluarag,visi dan misi,kisah yang menjadi titik tolak dan analogi sendiri.Durasi video ini ialah 5-6minit.Melalui video ini,saya dapat memperkenalkan diri saya sedalam-dalam lautan Pasifik kepada rakan sekelas saya.Disebabkan saya merupakan seorang yang agak pendiam dalam kelas,tugasan ini adalah peluang yang emas di mana saya nak perkenalkan diri saya.Oleh itu,rakan sekelas saya dapat kenal saya dengan selanjutnya.Tugasan ini turut dapat meningkatkan keyakinan diri saya.Hal ini kerana ini kali pertama di mana saya duduk depan camera dan membuat rakaman video^^.Agak segan juga..Tapi lama-lama rakam,ia dah jadi natural ...Melalui tugasan ini, saya turut dapat imbas kembali visi dan misi kehidupan saya.Visi saya adalah saya ingin menjadi seorang doktor pembedahan yang terkenal di pesada dunia!!!^^Misi yang saya ingin lakukan adalah menjadi seorang pelajar yang bertanggungjawab dengan belajar bersungguh-sungguh untuk memastikan keputusan yang diperoleh adalah yang cemerlang.
Tugasan kedua-tugasan ini ialah tugasan berkumpulan.Kelas saya dibahagikan kepada tiga kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai tiga orang.Kumpulan saya mendapat tajuk cara jalan yang betul dan cara duduk dalam majlis rasmi.Saya dipilih untuk 2 rakan yang lain untuk membuat pembentangan.Disebabkan saya memang sedar bahawa saya seorang yang lemah dalam ucapan awam/pembentangan hal ini kerana setiap kali saya membuat pembentangan,saya akan berasa jantung berdebar-debar,"excited",takut kerana banyak mata yang sedang menumpu kepada saya.Saya takut saya tersilap berbicara.Oleh itu,saya ingin cuba mengambil risiko dengan setuju kepada mereka.Semasa membuat pembentangan,perasaan-perasaan yang saya senaraikan masih wujud tetapi saya cuba untuk "cover" daripada cikgu dan rakan sekelas.Saya dimaklum daripada cikgu bahawa saya boleh berucap, cuma kena ada keyakinan diri dan kuatkan lagi suara.Bermula dari hari itu,saya cuba nak memperbaiki diri saya dengan menjadi seorang yang lebih berkeyakinan pada diri.

Tugasan ketiga-tugasan ini masih adalah tugasan berkumpulan.Kali ini kita diamanahkan untuk menghasilkan dokumentasi yang bersifat rakaman video kempen kemasyarakatan(kempen pembangunan dan perpaduan)yang berdurasi antara 4-5minit.Hasil tugasan ini akn mengisi pemberatan sebanyak 40% markah kerja kursus dan akan dipertandingkan di peringkat pasukan di bawah seliaan pensyarah berkenaan.Selain itu,tugasan ini diharapkan dapat memberi ruang dan peluang kepada para pelajar mencungkil potensi dalam bidang arahan,pengeditan,dan lakonan serta menanam sikap ingin membangunkan bangsa dan negara.Sesi pelancaran kempen tersebut adalah pada 30Januari - 3Februari 2017.Hasil kerja adalah dinilai dari aspek kejelasan idea/kempen,kreativiti,ketepatan tema dan hasil simulasi pelancaran kempen.Tajuk dokumentasi rakaman video kempen kemasyarakatan kita ialah Kempen Kebersihan & Keceriaan.
Objektif:
(i) memastikan suasana sekeliling kolej adalah bersih dan ceria.
(ii) membina rasa tanggungjawab dan kerjasama antara pelajar di kolej
(iii) melahirkan suasana kolej yang kondusif.
Melalui tugasan ini,saya memegang jawatan sebagai satiausaha di mana setiausaha harus menyediakan dokumentasi dalam bentuk "port folio".Saya dapat belajar pelbagai ilmu pengetahuan sepanjang saya menyediakan dokumentasi ini.Sebagai contoh,format untuk menulis minit mesyuarat,laporan AJK dan laporan aktiviti.Malalui tugasan ini,sifat kerjasama,bertolak ansur dan bantu-membantu telah kami pupuk.Dengan ini,hubungan kami telah dieratkan.Di samping itu,bakat lakonan saya dicungkil ketika menjalani tugasan ini sebagai seorang pelakon sampingan.Majlis pelancaran juga diadakan setelah menyiapkan rakaman video. Kami bertanggungjawab untuk memegang jawatan masing-masing.Saya memegang jawatan sebagai pengaturacara majlis.Ini juga kali pertama saya memainkan peranan ini.Disebabkan masing-masing kita memainkan peranan yang diamanahkan dengan sebaiknya,cikgu memuji dan memberi tepukan untuk pelancaran kempen tutoran kita(M1T1B) kerana merupakan antara suatu pelancaran kempen yang terbaik.Justeru,saya mendapati bahawa semangat kerjasama amatlah penting untuk menjayakan sesuatu.
![]() |
Contoh minit mesyuarat |
![]() |
Contoh minit mesyuarat |
![]() |
Contoh laporan aktiviti |
![]() |
contoh laporan AJK |
![]() |
Bersama-sama menyediakan poster kempen |
![]() |
Aktiviti yang dimainkan sewaktu rakaman video |
![]() |
Logo kempen |
Tugasan keempat-tugasan ini merupakan tugasan individu,iaitu tugasan perucapan umum yang memberi pemberatan markah sebanyak 20% dalam sahsiah komitmen.Tarikh penilaian adalah antara 3-17 March 2017.Tajuk ucapan berasaskan tema Pembangunan Diri yang artikelnya terkandung di dalam Blog Pembangunan Diri yang disediakan oleh perucap secara individu.
Ucapan akan dinilai dari aspek:
- Keyakinan diri
- Penampilan diri
- Kelancaran penyampaian
- Kejelasan idea
- Penggunaan bahasa
- Kesesuaian bahasa badan dan postur badan
- Struktur ucapan; pendahuluan,isi dan penutup
- Kesan keseluruhan
Saya memilih tajuk tips-tips cemerlang dalam biologi (khususnya pelajar matrikulasi). Untuk menyempurnakan tugasan ini, saya telah melayari internet untuk memperoleh maklumat lanjut. Saya juga dikehendaki untuk membuat slide show tentang tips belajar dengan berkesan.Disebabkan daya usaha saya yang ingin memperbaiki ucapan awam saya sebelum ini,pada ucapan awam kali ini,saya ada peningkatan dari egi keyakinan diri.Saya boleh rasa yang jantung saya tidak gementar seteruk pada hari itu dan saya mempunyai gaya yang tersendiri semasa memberikan ucapan
(BODY LANGUAGE).Hal ini memyebabkan saya rasa saya dapat menyampaikan ucapan dengan sangat semulajadi.Saya boleh mengawal keadaan suasana dengan baik kerana video yang saya sediakan tidak berfungsi.Apa yang saya lakukan ialah bersabar dan tidak berasa "down"/"drop".Dengan abaikan video itu tetapi pilih untuk memberikan huraian yang lebih banyak supaya "audient"dapat sampai apa yang ingin saya sampaikan.Kali ini cikgu hanya komen atas nada suara saya sahaja yang terlalu "slow".Ini bermakna saya ada peningkatan dari segi komunikasi/ucapan.

Graf kehidupan |
Melalui kemahiran dinamika,saya dapati banyak perkembangan dalam diri saya.Ia dapat refleksikan diri saya dari 4 aspek yang utama:
- Komunikasi
- Kepimpinan
- Pemikiran
- Pembelajaran sepanjang hayat/abad ke-21
done... penuh info...cogratz ats perkongsian
ReplyDelete😸😸
ReplyDelete😸😸
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian...Semoga sukses dalam kehidupan...
ReplyDelete