TIPS-TIPS CEMERLANG DALAM BIOLOGI
(KHUSUS PELAJAR MATRIKULASI)
Salam sejahtera,kali ini saya ingin kongsikan tentang
tips-tips cemerlang dalam biologi khususnya untuk pelajar matrikulasi hal ini
kerana saya kini belajar peringkat matrikulasi.Pada pendapat saya,saya rasa
biologi adalah x10 bertambah susah apabila belajar di matrikulasi jika nak
dibandingkan dengan FORM 6/dipoma/asasi .Hal ini kerana tempoh belajar di
matrikulasi adalah paling singkat iaitu dua semester sahaja.Tetapi silibusnya
sangat padat.Sebagai contoh,dalam satu semester (lebih kurang 6 bulan) anda harus
belajar sampai 10 bab.Jika imbas kembali waktu sekolah menengah,kita pon
belajar lebih kurang 10 bab jugak tetapi dalam jangka masa yang lebih
panjang...Walaubagaimanapun,tips-tips yang saya amalkan sejak sekolah menengah
masih saya kekalkan dan hal ini menyebabkan saya cemerlang dalam subjek
biologi.
Antaranya ialah :
- Senaraikan "learning outcome" untuk setiap
bab
- Nota ringkasan
- Baca dnegan kuat
- Membentangkan topik tersebut secara bergilir dengan rakan-rakan
- Kaedah perkaitan
- You-tube
- Membuat tutor
- Menumpu perhatian dalam kelas
![]() |
contoh mempersembahkan nota dalm bentuk lakaran gambar^^ |
Jika anda mempunyai bilik persendirian,anda boleh tingkatkan keberkesanan membuat nota ini dengan membacanya dengan kuat.Sangat sesuai dengan orang yang lebih selesa dengan kaedah pembelajaran secara verbal.
Jika anda mempunyai masalah untuk mengingati anda,cuba mengajar apa yang anda faham ataupun apa yang anda tulis kepada rakan anda.Cara ini sangat berkesan untuk menambahkan kefahaman anda kepada sesuatu topik tersebut.Anda boleh mengagihkan topik-topik kepada rakan-rakan anda,dan setiap orang perlu membentangkan beberapa topik.Lakukan secara bergilir-gilir,percayalah teknik ini sangat berkesan.
Di samping itu,melalui kaedah perkaitan iaitu Dengan mengaitkan sesuatu fakta/infomasi yang baharu dengan sesuatu yang sudah lama anda tahu.Sebagai contoh, anda berkenalan dengan seseorang yang baharu, dan kebetulan namanya adalah sama dengan nama kakak anda. Tidakkah anda akan senang mengingati namanya berbanding dengan nama yang anda jarang dengar.Apa yang hendak saya bawa disini adalah dengan melakukan perkaitan antara dua perkara, ia boleh meransang ingatan anda! Berikut adalah beberapa cara yang anda boleh guna.Kaitkan dengan kegemaran anda.Sekiranya anda gemar mendengar lagu, melukis mahupun menari, anda boleh mengaitkannya dengan pembelajaran dan jadikan hobi anda kepada alat bantuan belajar. Sebagai contoh, anda boleh menyanyikan nota-nota belajar dalam rentak lagu kegemaran anda. Percaya atau tidak, sudah banyak pendekatan seperti ini digunakan untuk memudahkan pembelajaran.
Selain itu juga,anda turut boleh menggunakan kemudahan internet dengan tengok proses dalaman biologi melalui You-tube.Melalui You-tube,anda dapt lihat dengan jelas dan mempunyai kefahaman yang lebih utuh jika dibandingkan sekadar membaca daripada buku rujukan yang setebal kamus dan saya percaya bahawa melalui video daripada You-tube,ia dapat menyeronokkan kerana ia mungkin mempersembahkan proses dalaman badan dalam bentuk animasi.Oleh itu,anda akan berasa seronok seumpama anda tengah tengok kartun!
Tambahan pula,peranan yang saya lakukan selama ini ialah sentiasa meluangkan masa untuk membuat tutor.Hal ini sangat penting kerana melalui tutor,kita akan didedahkan kepada pelbagai bentuk soalan yang boleh ditanya sewaktu peperiksaan.Boleh dikatakan membuat tutor adalah sangat penting kerana ia juga dapat memastikan adakah anda sudah memahami tajuk tersebut?Ia juga turut dapat mengurangkan skop apa yang perlu anda fokus tentang tajuk tersebut.Dengan "tackle" bentuk soalan yang selalu dikeluarkan.Oleh itu,nanti anda dapat tahu sudah bagaimana bentuk soalan itu boleh ditanyakan sewaktu pepepriksaan.
Menumpu perhatian dalam kelas juga merupakan salah satu cara yang saya amalakan.Apabila anda menumpu perhatian dalam kelas,kita akan dapat memahami tentang topik tersebut.Dalam kelas laa adalah waktu di mana anda boleh tanya soalan kepada pensyarah secara "direct".Hal ini kerana sewaktu perkuliahan,pensyarah akan terang topik tersebut berdasarkan unit jam yang ditetapkan,tidak kira adakh anda faham atau tidak.Kiranya kalu habis unit jam dia,akan "proceed" pula dengan tajuk lain.Adalah sangat digalakkan jika anda membuat nota dalam kelas.Untuk dapatkan keberkesanan yang lebih dalam menyalin nota dalam kelas, cuba bertanyakan soalan kepada guru semasa dalam kelas. Tanya berkaitan dengan nota yang anda salin. Dapatkannya jawapannya dan salin sebagai nota kaki kepada nota asal anda. Selain anda mendapat lebih dari kelas anda, anda juga secara tidak langsung memberikan sumbangan kepada seluruh rakan-rakan sekelas anda.Selain mendapat ilmu, anda juga boleh elakkan daripada rasa mengantuk semasa dalam kelas dan akan dalam keadaan terjaga.
Kesimpulan
Belajar tiada akhirnya. Belajar tiada titik noktah. Oleh itu, anda perlu memanfaat apa yang anda ada sekarang untuk belajar dengan sebaiknya, dan dapatkan keputusan yang berbaloi dengan usaha yang anda curahkan.Saya berharap panduan yang disenaraikan di atas dapat membantu anda dalam pembelajaran anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan ataupun tambahan kepada senarai di atas, bolehlah berbuat demikian di bahagian komen di bawah.

done ...good...much better jika dimasukkan sumber rujukan
ReplyDeleteWokeh tc!!!
ReplyDelete